Wednesday, June 11, 2014

Sarapan Berkhasiat, Badan Sihat

Teringat pesanan orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, jangan abaikan sarapan. Walaupun ia ha­nya sekadar petua, penulis akui sejak zaman persekolahan sarapan wajib diambil sebelum ke sekolah kerana khasiatnya bukan saja untuk fizikal tetapi mental. Malah pakar pemakanan turut mempunyai pendapat yang sama mengenai kebaikan mengambil sarapan. Malangnya, ramai meninggalkan hidangan pagi ini dengan alasan tidak berselera, tidak sempat makan kerana bangun lambat dan ingin berdiet.

Kajian terkini menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Menurut pakar pemakanan, Madhavi Rai, sarapan sumber pertama memulakan hari dan konsepnya sama seperti berbuka puasa. Ini kerana apabila tidur, badan bukan saja berehat tetapi juga berpuasa iaitu membabitkan tempoh tenaga digunakan tetapi tiada yang diganti semula. Apabila bangun, sarapan bertindak memberitahu badan inilah masa mengelak daripada rasa lapar melampau. Walaupun hanya me­ngambil snek ringkas, ia sudah cukup untuk membantu mengurangkan berat badan, merendahkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung. Pemilihan sarapan yang baik seharusnya membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Sebaik-baiknya, individu perlu mengambil 300 hingga 500 kalori ketika bersarapan dan ini bergantung kepada aktiviti seseorang. Sarapan yang baik bukan saja menge­nyangkan tetapi mengandungi sumber protein dan karbohidrat kompleks yang memberikan sumber tenaga perlahan untuk kekal cergas sepanjang hari. Walaupun jumlah kalori makanan penting, nilai pemakanan harus diambil kira. Bersarapan dengan hidangan kurang berkhasiat boleh menyebabkan pertambahan berat badan terutama bagi mereka yang tidak bersenam atau mempunyai gaya hidup kurang aktif. “Jenis sarapan yang patut dielakkan ialah semua hidangan bergoreng seperti ayam dan kentang goreng, makanan mengandungi gula tinggi seperti kek, biskut, wafel dan roti bakar serta makanan berkarbohidrat ringkas seperti roti putih, roti canai dan nasi lemak. Jenis sarapan untuk serat tinggi atau karbohidrat kompleks yang patut diambil termasuk gandum, dadih dan bijirin manakala sumber protein terbaik seperti putih telur, ayam, tuna, susu rendah lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya.

Walaupun sarapan ring­kas sudah mencukupi, tidak semua memberikan nilai kalori mencukupi. Misalnya secawan minuman coklat dan sekeping biskut hanya memberikan tenaga 150kcal. Sudah tentu ia tidak mencukupi dengan pecahan nutrisi diperlukan tubuh seperti gula, karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral . Selain itu, kadar pe­ngambilan sarapan juga bergantung kepada aktiviti fizikal seseorang. Individu yang melakukan kerja fizikal pada siang hari perlu mengambil makanan yang akan memberikan tenaga mencukupi. Mereka yang sentiasa aktif bergerak dan tidak mempunyai masa bersarapan boleh mempertimbang­kan membungkus sarapan yang dilakukan pada malam hari. Mereka juga boleh mengambil pengganti hidangan seperti minuman buah-buahan berkhasiat dengan susu dan dadih. Ini akan membendung rasa lapar tiba-tiba pada siang hari berbanding mengambil makanan berat. Fakta penting yang harus difahami, mengapa kita makan? Jelas Madhavi, makan untuk menambah dan menyimpan tenaga dalam badan. Malangnya apabila seseorang itu mengambil lebih daripada nilai kalori diperlukan, sebahagian makanan yang dimakan bertukar menjadi lemak. Menjadi kebiasaan rakyat Malaysia bersarapan dengan menu berlauk seperti nasi dagang, nasi kerabu dan nasi lemak yang bukan hanya menggunakan beras putih semata-mata tetapi dimasak dengan santan yang menjadikan hidangan terlalu berat. “Walaupun ia dianggap biasa untuk orang Asia makan nasi sehingga tiga dan empat kali sehari, saya mencadangkan individu membuat pilihan lebih sihat iaitu mengurangkan pengambilan nasi atau mengelak mengambilnya ketika makan tengah hari dan malam. Sebagai alternatif, mereka boleh me­ngambil menu berkarbohidrat kompleks seperti roti mil penuh dan bijirin manakala penggemar jus buah-buahan atau smoothie boleh mengambilnya setiap pagi,” katanya. Untuk itu, pengambilan sarapan berasaskan makanan mengandu­ngi protein tinggi harus diperba­nyakkan bagi membolehkan tenaga dikeluarkan dari semasa ke semasa, sekali gus membendung rasa lapar sebelum makan tengah hari.

Kanak-kanak yang cenderung menggunakan lebih banyak tenaga daripada orang dewasa harus mengambil makanan mengandungi protein mudah hadam seperti telur separuh masak, susu dan keju, makanan berasaskan karbohidrat seperti roti bakar dan bijirin serta buah-buahan atau madu. Ibu bapa harus bijak menyediakan hidangan pelbagai warna dan rasa bagi menarik perhatian terutama kanak-kanak yang sering menghadapi masalah bersarapan. “Lobak merah, strawberi, epal dan oren antara hidangan yang mampu menambah selera kanak-kanak. Selain itu, ibu perlu kreatif dari segi pembungkusan makanan menggunakan bekas berwarna-warni. Anak-anak juga boleh terbabit dalam penyediaan makanan supaya mereka lebih berminat pada makanan sihat,” katanya.

Pilih makanan sesuai
Jika ada mengatakan sarapan menyebabkan rasa mengantuk serta hilang tumpuan, Madhavi menolak pandangan ini dan menjelaskan individu yang kurang bertenaga dan mengantuk selepas bersarapan disebabkan pengambilan makanan tinggi gula dan karbohidrat, sekali gus menyebab­kan peningkatan tahap gula dalam darah. Bagaimanapun, kandungan gula ini akan turun secara mendadak menyebabkan badan kurang bertenaga, lemah, mengantuk serta berkeinginan untuk makan makanan mengandungi tinggi gula dengan banyak. “Jadi, amat penting individu memilih jenis makanan sesuai bagi memastikan badan berada dalam keadaan baik. Contohnya, pisang sumber kalium dan mineral terbaik untuk jantung dan menstabilkan tekanan darah. Ia juga terkenal sebagai makanan pelindung ulser perut dan gastrik. Campuran susu rendah lemak, pisang dan buah beri mengandungi vitamin C dan antioksidan yang hebat serta mampu menjadi sarapan berkhasiat terutama untuk mereka yang jarang bersarapan,” jelasnya. Walaupun kedengaran agak mustahil, apabila sarapan mampu menurunkan berat badan, itulah hakikatnya.

Mereka yang sedang berdiet perlu menjadikan sarapan sebagai pembuka hidangan utama. Ini boleh dilakukan dengan me­ngambil tiga hidangan utama dan dua snek kecil di antara waktu makan untuk mengelak badan daripada memberikan isyarat lapar serta makan dengan lebih kerap. “Apabila badan berada dalam keadaan lapar, mereka akan makan apa saja, sekali gus menyebabkan pengumpulan lemak degil dalam badan dari semasa ke semasa,” jelasnya yang mengakui tiada waktu terbaik mengambil sarapan. Namun sebaiknya selepas bangun tidur, minum segelas air dan tunggu sehingga 30 hingga 45 minit sebelum makan. Segelas air membantu memberikan rasa selesa, sekali gus menghalang daripada terus mengambil sarapan dengan banyak.

Tapi menu yg bawah ni jgn byk sgt makan tau... nanti berlemak-lemak plak.. Hehehe

Tuesday, June 10, 2014

KEREPEK PISANG SEDAP

Salam.. Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ni... Kepada siapa2 yang berminat nak beli kerepek pisang, boleh la hubungi saya (012-4497929). Harga tak mahal... RM15 sepaket (+/- 1/2kg).. Nak delivery pun boleh... Tambah2 nak raya ni.. Boleh jugak hidangkan kpd tetamu yang datang ke rumah.. Terima Kasih..

Monday, February 8, 2010

Amalan Pemakanan Nabi: Sihat dan Berkhasiat

Setiap tatacara dalam kehidupan kita seharusnya berpandukan al Quran dan as Sunnah. Ini kerana kedua- duanya merupakan batu asas yang menjadi pegangan kita sebagai umat Islam. Sunnah Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Dalam hal berkaitan pemakanan sekalipun, Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar dapat mengambil manfaat daripadanya. Pemakanan baginda lebih banyak mengambil daripada jenis biji- bijian, sayur- sayuran dan buah- buahan. Sebagai umat Islam, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah SAW kerana corak pemakanan baginda adalah sihat dan berkhasiat seperti mana yang disarankan oleh pakar pemakanan pada hari ini. Ini terbukti dari sudut pandangan sains bahawa pemakanan yang berasaskan bijirin, buah- buahan dan sayur- sayuran adalah baik dijadikan amalan.

Menyoroti sejarah, Nabi Muhamad SAW biasa memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli. Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum yang telah diproses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains semasa membuktikan bahawa mereka yang memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli mempunyai risiko yang rendah untuk menghidap penyakit jantung kerana vitamin E yang terkandung didalamnya menyebabkan hati akan mengeluarkan kadar kolesterol yang rendah. Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, " Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut- turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar". Pemakanan berasaskan bijian- bijian sempurna sememangnya berkhasiat kerana ia amat penting bagi kesihatan jantung di samping berkhasiat untuk mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser. Mengikut satu kajian yang dibentangkan di International Conference on Food, Nutrition and Cancer, biji- bijian sempurna adalah kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan di samping mencegah kanser. Di samping itu, satu kajian yang telah dijalankan oleh Havard School of Public Health dari tahun 1984 hingga 1996 ke atas 74 000 orang wanita menunjukkan bahawa wanita yang mengambil biji- bijian sempurna dalam diet mereka secara berterusan mempunyai berat badan yang rendah berbanding mereka yang tidak mengambil biji- bijian sempurna. Justeru itu, bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat dinasihatkan oleh pakar pemakanan agar mengambil makanan yang berasaskan biji- bijian yang sempurna.

Dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, buah tamar memang tidak dapat dipisahkan lagi. Buah tamar dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, "Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging". Ini menunjukkan, buah tamar sentiasa menjadi hidangan penting bagi nabi dan baginda amat menggemarinya. Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, "Aku melihat Rasulullah mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya". Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat- zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.

Nabi juga memakan buah- buahan lain seperti tembikai. Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, "Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser. Di samping itu, Rasulullah juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber). Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan. Kebanyakan buah- buahan dan sayur- sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.

Oleh itu, pengambilan biji-bijian sempurna, buah- buahan dan sayur- sayuran yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan melalui kajian sains semasa akan kelebihannya. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap dan kelangsungan hidup yang bermutu.

sumber: institut kefahaman islam malaysia

Friday, January 29, 2010

Koleksi hadith

Tajuk :Menuntut Ilmu
Hadith :Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Huraian
i) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang itu.
ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.
iii) Oleh itu selaku umat Islam kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.

Tajuk :Tiga Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga
Hadith :Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai”.

Riwayat Muslim

Huraian:
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.
3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, January 27, 2010

SENAMAN 7 MINIT BANTU ELAK KENCING MANIS

LONDON: Senaman secara agresif dan berterusan selama tiga minit dapat membantu mengelakkan diabetes kerana dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah, kata penyelidik Britain.
Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal BioMed Central Endocrine Disorders menunjukkan orang ramai yang tidak mampu memenuhi garis panduan kerajaan menggesa senaman secara sederhana hingga bersungguh-sungguh selepas beberapa jam seminggu masih boleh mendapat manfaat daripada bersenam.
“Ia cuma jumlah senaman yang boleh anda lakukan tanpa berpeluh. Anda boleh menjadikan cara senaman itu berkesan seolah-olah melakukannya selama berjam-jam dan latihan berterusan setiap minggu,” kata pakar biologi senaman di Universiti Heriot-Watt di Edinburgh, James Timmons, yang mengetuai kajian.
Timmons dan pasukannya menunjukkan senaman cuma tujuh minit setiap minggu membantu sekumpulan 16 lelaki dalam lingkungan usia 20-an mengawal insulin mereka.
Sukarelawan yang berkeadaan gemuk tetapi sihat, mengayuh basikal senaman sebanyak empat kali sehari selama 30 saat dan melakukan-nya dengan pantas dua kali seminggu.
Selepas dua minggu, mereka mencatatkan kemajuan 23 peratus keadaan tubuh mereka bertambah baik dalam menggunakan insulin secara berkesan untuk membersihkan glukos dari saluran darah, kata Timmons.
Kesan itu berpanjangan sehingga 10 hari selepas pusingan akhir senaman. - Agensi
“Idea mudahnya ialah jika anda melakukan pengecutan otot ketika berlari atau berkayuh anda menaikkan kemampuan insulin untuk membersihkan glukos dari saluran darah,” katanya. - Agensi

Thursday, January 7, 2010

Mazda Capella 1600cc utk dijual


KERETA OLD SKULL NI ADALAH MILIK TOKNGAH AKU..AKU CUMA TOLONG POST DLM MUDAH NI..DIA NAK JUAL SEBAB ANAK DIA DAH BELI KERETA LAIN BG DIA PAKAI..KERATA NI TAHUN 1975..TOKNGAH AKU MULA PAKAI KERETA NI PD TAHUN 1986..SO DIA ORG KEDUA LAH..SERIUSLY AKU KATA KERETA NI MEMANG PUAS HATI CONDITION DIA..

- ENJIN MEMANG LANGSUNG TAK ADE PROBLEM
- TIAP2 PAGI DIA START KERETA NI..SEKALI START DAH HIDUP ENJIN..ASAP APA PN TAK KELUAR
- ADA AIRCOND- ORIGINAL PAKAI BLOWER JE..AIRCOND VAN DIA TARUK..SEJUK GILA..
- BATERI SEMUA HIDUP LAGI..
- TAYAR PUN ELOK LAGI..
- LAMPU BELAKANG PAKAI LAMPU DATSUN..SBB 2 TAHUN DULU KENA LANGGAR DGN MYVI..SO LAMPU CAPELLA GAGAL DIKESAN OLEH POMEN..SO DIA TARUK LAMPU DATSUN
- KELAJUAN MAKSIMUM YG PENAH DICUBA 90MPH LEBIH KURANG 144 KM/H
- NAIK GENTING HIGHLAND DAH BYK KALI
- SESUAI UNTUK SUKAN DRIFT SEBAB DRIVE DIE TAYAR BELAKANG..BUKAN TAYAR DEPAN

JADIK..KALU BERMINAT BOLEH CALL AKU..0124497929..BOLEH DATANG TGK DULU..

Wednesday, January 6, 2010

kerjaya hidupku..




assalamualaikum w.b.t

apa kerjaya aku skrg nie ek??
ermm..study tak abis2..sbg seorang plajar master..
aku dah tak larat dah..susah sgt nk jadi pandai..
macam2 benda nk kena ambik kira..
research tak jalan2 lg..
baca, baca dan terus membaca..
sampai bile???
bila aku nak further projek ni..kalau dari awal terkial2..
ya allah..berikan la aku kekuatan..!!
baru 5-6 bulan aku berstatus sbg plajar master..rasa cam giveup jek..
orang lain sume dah bergaji..dah buat duit..
bukan la hipokrit..cuma kadang2 resah dgn dugaan dan ujian sebegini..
usaha dan terus optimis mencari sinar..
insyaallah!! di masa depan akan menanti satu kebahagian dan kejayaan dunia dan akhirat..
kabulkan lah doa hamba mu ini ya allah..!!!